Ahad, 21 Disember 2014

Salam Maulidur Rasul. Hakikat sebenar


Assalamualaikum semua.
Menurut kalendar Islam, hari ini merupakan 12
Rabiulawal. Maknanya, hari ini merupakan Hari
Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad.
Kita sebagai orang Islam, cinta selepas kepada
Allah adalah kepada Rasulullah.

Sejauh mana
kita kenal Rasulullah?

Adakah kita tahu
perjalanan hidup Rasulullah dari baginda lahir
hinggalah wafat?

Aku mengaku pada diri sendiri, aku masih lagi
tidak dapat menceritakan dengan yakin dan betul
perjalanan hidup insan bernama Muhammad.

Ya, sungguh jahil diri ini. Mungkin jika anak
berumur 10 tahun bertanya kepada aku,

kenapa
kita sambut Maulidur Rasul, aku masih lagi tidak
dapat menjawab persoalan itu dengan tepat
melainkan jawapan;

Hari kelahiran Nabi, maka kita kena
sambut.

Jika anak kecil bertanya kepada aku,

siapa Nabi
Muhammad ?

Yang dapat aku jawab hanyalah;

Nabi Muhammd merupakan nabi kita.

Itu belum lagi hal dalam menjadikan sunnah
Rasulullah sebgai ikutan. Masih banyak sunnah
Rasulullah yang ditinggalkan.

Sebagai contoh, Nabi telah ajarkan kepada kita
doa masuk tandas, tapi dalam umur yang kian
meningkat dewasa ini entah berapa kali sahaja
aku praktikkan untuk membaca doa sebelum
masuk tandas.

Benda yang 'constant'
dilakukan hanyalah
membaca doa sebelum makan.
Terasa diri sangat jauh dari sunnah mu ya
Rasulullah. Padahal engkau telah pun bersabda ;

Sesiapa yang tidak mahu mengikut
sunnahku, maka dia bukan daripada
umatku.” (Hadis riwayat al-Bukhari no.
5063)

Mari sama-sama kita imarahkan sunnah
rasulullah. Dan kita sama-sama mengingati
setiap detik mengenai Rasulullah. Dan cara
mengingati Rasulullah yang paling senang
menggunakan lisan adalah dengan berselawat
kepada baginda Rasulullah

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama