Jumaat, 23 Januari 2015

Berdoa dengan Al Asmaa ul Husna


ﺑِﺴۡﻢِ ﭐﻟﻠﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪ
.
Allah telah menciptakan langit dan
bumi dengan segala isinya ini
mempunyai nama-nama yang
banyak. Nama-nama itu bukan hanya
sekadar nama, tetapi nama-nama
yang bagus lagi indah yang sesuai
dengan penyataan yang diberikan.
Nama itu disebut “Al Asmaaul
Husna” . Terdapat 99 yang apabila
disebut nama itu akan mempunyai
pengaruh dan manfaat yang besar
dan hebat sekali terhadap pekerjaan
yang sedang kita lakukan dan juga
bagi orang yang telah melakukan
sesuatu tugas itu. Maka kita dianjur
dan digalakkan untuk berdoa dengan
“Al Asmaa’ul Husna” tersebut.
.
Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman: “Dan bagi Allah itu nama-
nama yang Indah/Baik, berdoalah
dengannya (dengan menyebut nama-
nama yang baik itu – Asma ul-
Husna).” Surah al-A’raf 7:180
.
Berikut adalah doa-doa daripada
Asmaa’ul Husna, iaitu doa-doa yang
diawali dengan nama nama Allah
yang baik. Allah SWT telah
menggalakkan agar hamba-Nya
berdoa dengan menggunakan nama-
nama-Nya, kerana dengan nama-
nama tersebut doa itu akan lebih
mudah dikabulkan.
.
Apabila seorang hamba berdoa
dengan menggunakan “Asmaa’ul
Husna” , Allah SWT akan merasa
senang hati untuk memakbulkan
permintaan hamba-Nya itu. Maka
janganlah kita lepaskan peluang yang
baik ini. Kita boleh gunakan kesemua
99 nama Allah atau kita boleh
memilih mana-mana nama Allah yang
sesuai dengan doa yang akan
diminta.
.
Alhamdulillahi rabbil a’lamin,
Allahuma solli a’la Muhammad wa
a’laa aalihi wa ashaabihi ajamaiin.
.
Ya Allah! Dengan menadahkan
tangan-tangan kami ini kepada-Mu,
kami mengharapkan Rahmat-Mu;
Sesungguhnya Rahmat-Mu adalah
luas dan meluasi segala sesuatu.
Ya Allah! Kami beriman kepada-Mu,
kewujudan-Mu dan Kebesaran-Mu;
Dikaulah Yang Maha Agung dan
Maha segala-galanya.
.
1. Ya Allah! Ya Rahman, Ya Rahim,
Dikaulah yang Maha Pengasih dan
Maha Penyayang. Kasihanilah kami
ya Allah, kami sangat-sangat
mengharapkan belas kasihan
daripada-Mu ya Allah. Sesungguhnya
tidak ada yang dapat memberikan
kasih sayang yang sebenarnya
melainkan hanya Dikau. Segala kasih
sayang yang pernah kami harapkan
daripada selain-Mu, ternyata selalu
menghampakan kami ya Allah.
2. Ya Allah! Ya Malik, Raja kepada
segala raja, kepimpinan-Mu adalah
yang terbaik dan akan membawa
kepada kebaikan, tidak ada yang
lebih baik kepimpinannya melainkan
hanya Dikau. Kami redha
menjadikan-Mu sebagai Pemimpin
kami, yang lebih berhak dipatuhi
daripada segala pemimpin yang lain.
3. Ya Allah! Ya Quddus, yang Maha
Suci, Dikaulah Tuhan yang bersih
daripada segala kelemahan,
menyembuh dan mentaati hanya
kepada-Mu tidak akan merugikan
kami. Sesungguhnya segala
pengharapan yang dicurahkan
kepada selain Dikau selalu
mengecewakan; Kami redha
mempertuhankan Dikau Zat yang
Maha suci.
4. Ya Allah! Ya Salam, yang Maha
Selamat, berikanlah keselamatan
kepada kami dan ahli keluarga kami.
Peliharalah kami semua daripada
segala macam kejahatan dan
keburukan. Selamatkanlah kami
dengan kebesaran nama-Mu ini
daripada segala bencana dunia dan
akhirat.
5. Ya Allah! Ya Mukmin, yang Maha
Aman, amankanlah kami daripada
segala yang kami takuti. Amankanlah
ahli keluarga kami daripada segala
sengketa, amankanlah kejiranan kami,
amankanlah kawasan kami dan
amankanlah negara kami daripada
segala kejahatan dan keburukan.
Kami sedar bahawa, tidak ada nikmat
yang lebih baik daripada hidup dalam
keadaan aman sentosa, rukun dan
damai.
6. Ya Allah! Ya Muhaimin, yang
Maha Memelihara, peliharalah kami
daripada segala yang tidak kami
kehendaki. Peliharalah kami daripada
segala yang keji, peliharalah kami
daripada segala penyakit dan iri,
peliharalah kami daripada hasad dan
dengki. Sesungguhnya sesiapa yang
dipelihara oleh-Mu akan selamatlah
daripada segala yang tidak baik.
7. Ya Allah! Ya Aziz, yang Maha
Mulia, Dikaulah yang termulia,
agama-Mu adalah mulia, Nabi-Mu
adalah mulia, kitab-Mu adalah mulia,
maka masukkanlah kami di kalangan
yang mulia.
8. Ya Allah! Ya Jabbar, yang Maha
Perkasa bantulah kami yang lemah
ini, mengatasi segala muslihat
mereka yang memusuhi kami.
Berikanlah kekuatan-Mu kepada
kami.
9. Ya Allah! Ya Mutakabbir, yang
Maha Megah, Dikaulah berhak untuk
memiliki sifat ini, kerana tidak ada
yang lebih hebat daripada Dikau,
maka jauhkanlah kami daripada sifat
bermegah-megah hingga
menyebabkan kami berhak menerima
kemurkaan-Mu.
10. Ya Allah! Ya Khaliq, yang Maha
Pencipta, ciptakanlah untuk kami
yang terbaik, ciptakanlah zuriat yang
baik untuk kami, kami mahukan
seorang anak lelaki/perempuan atau
cukuplah sudah anak-anak yang
telah Dikau berikan kepada kami.
(mintalah mengikut apa yang kita
perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan
pada diri kami.
11. Ya Allah! Ya Bari’, Yang Maha
Pembuat, buatkanlah untuk kami apa
sahaja yang baik untuk kami dunia
dan akhirat dan jauhkan daripada
kami segala apa yang akan
membinasakan kami.
12. Ya Allah! Ya Mushawwir, yang
Maha Pembentuk, bentuklah untuk
kami apa yang kami kehendaki,
bentuklah untuk kami zuriat lelaki/
perempuan, kembalikanlah
kesempurnaan kami, hanya Dikau
sahaja yang berkuasa untuk
membentuk dan mengubah segala
bentuk.
13. Ya Allah! Ya Ghaffar, kami
meminta keampunan-Mu, ampunilah
kami ya Allah, seandainya Dikau tidak
mengampunkan kami, pastilah kami
akan sengsara dunia dan akhirat.
14. Ya Allah! Ya Qahhaar, yang
Maha Pemaksa, kasihanilah kami, dan
jangan Dikau paksa kami melakukan
sesuatu yang kami tidak mampu
melakukannya, janganlah Dikau
paksakan kepada kami ujian yang
terlalu berat untuk kami, sebaliknya
Dikau paksalah mereka, fulan bin
fulan (sebut nama-nama) atau
sesiapa sahaja untuk menerima kami
dan apa-apa daripada kami. Dikaulah
maha segala-galanya, dan
paksakanlah musuh-musuh kami
untuk melakukan sesuatu yang baik
untuk kami.
15. Ya Allah! Ya Wahhab, wahai
Tuhan yang Maha Pemberi,
berikanlah kepada kami apa sahaja
yang kami perlukan, (sebutkan apa
yang diperlukan), sesungguhnya apa
yang Dikau berikan, tidak ada siapa
yang dapat menghalang, dan apa
sahaja yang tidak Dikau berikan,
tidak ada siapa yang dapat
memberinya.
16. Ya Allah! Ya Razzaq, wahai
Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki,
berikanlah kepada kami rezeki-Mu
yang banyak, cukukanlah keperluan
kami, cukupkanlah keperluan anak-
anak kami, cukupkanlah keperluan
ahli keluarga kami, janganlah sampai
kami terpaksa meminta-minta akibat
daripada kekurangan rezeki.
17. Ya Allah! Ya Fattaah, wahai
Tuhan yang Maha Pembuka,
bukakanlah untuk kami kejayaan
dalam apa jua usaha kami,
bukakanlah pintu kefahaman kami,
bukakanlah segala kesusahan dan
kesukaran kami.
18. Ya Allah! Ya A’liim, wahai Tuhan
yang Maha Mengetahui, Dikau
mengetahui sesuatu yang kami tidak
ketahui, Dikau ketahui apa yang ada
di dalam hati-hati hamba-hamba-Mu,
berikanlah kepada kami apa yang
Dikau ketahui baik untuk kami dunia
dan akhirat, jauhkanlah dari kami
apa-apa yang Dikau ketahui tidak
baik untuk kami dunia dan juga
akhirat.
19. Ya Allah! Ya Qaabidh, wahai
Tuhan yang Maha Pencabut, cabutlah
segala keburukan yang ada pada
kami, dan janganlah Dikau cabut
nikmat yang Dikau telah berikan
kepada kami lantaran daripada
kelalaian dan kesilapan kami,
sesungguhnya akan binasalah kami
tanpa nikmat daripada-Mu.
Sebaliknya Dikau cabutkan sahaja
kekuasaan yang ada pada musuh
kami .
20. Ya Allah! Ya Baasith, wahai
Tuhan yang Maha Meluas, kuasa-Mu
adalah luas, nikmat-Mu adalah luas,
Rahmat-mu adalah luas, segala-gala
kepunyaan-Mu adalah luas, luaskan
Rahmat-Mu kepada kami, luaskan
pemberian-Mu kepada kami,
luaskanlah pemeliharaan-Mu kepada
kami.
21. Ya Allah! Ya Khaafidh, wahai
Tuhan yang Maha Menjatuhkan,
Dikau akan menjatuhkan siapa yang
Dikau kehendaki, maka jatuhkan
mereka yang memusuhi kami,
jatuhkanlah mereka yang berniat
mengkhianati kami, Dikaulah maha
segala-galanya dan kami tidak ada
kuasa dan upaya.
22. Ya Allah! Ya Rafi’, wahai Tuhan
yang Maha Mengangkat, angkatlah
darjat kami disisi-Mu, angkatlah
darjat kami di dunia dan juga di
akirat. Angkatlah darjat kami di sisi
mereka yang menghina kami.
23. Ya Allah! Ya Mu’iz, wahai Tuhan
yang Maha Memuliakan, Dikau
memuliakan sesiapa yang Dikau
kehendaki, maka muliakanlah kami di
dunia dan akhirat, muliakanlah kami
di sisi mereka yang memandang
rendah kepada kami. Kalau tidak
kepada-Mu, kepada siap lagi hendak
kami berserah diri.
24. Ya Allah! Ya Mudzil, wahai Tuhan
yang Maha Penghina, tidak akan
mulia orang yang Dikau hina dan
tidak akan hina orang yang Dikau
muliakan, maka kepada Dikaulah
tempat kami menaruh pengharapan
kami; Sesungguhnya Dikau tidak
akan mensia-siakan kami, janganlah
Dikau masukkan kami di kalangan
mereka yang hina.
25. Ya Allah! Ya Sami’, wahai Tuhan
yang Maha Mendengar, dengarkan
segala rintihan kami, dengarlah
segala doa dan permintaan kami,
janganlah Dikau palingkan diri-Mu
daripada kami, lantaran daripada
kederhakaan kami, ampunilah kami.
26. Ya Allah! Ya Basir, wahai Tuhan
Maha melihat, Dikau melihat siang
dan malam, Dikau melihat gelap dan
terang, kepada-Mulah kami
menyerahkan diri kami, kami lemah
tanpa penglihatan-Mu, Dikau
dengarkanlah untuk kami apa yang
baik untuk kami, Dikau lihatkan untuk
kami apa sahaja yang baik untuk
kami, siang dan malam, gelap dan
terang.
27. Ya Allah! Ya Hakam, wahai
Tuhan yang Maha Penentu Hukum,
segala hukum-hukum-Mu adalah
yang paling adil, hukumkan yang
baik untuk kami, dan hukumkanlah
yang sebaliknya untuk mereka yang
berniat jahat kepada kami. Dikaulah
yang Maha Menghukum, dan
hukuman-mu adalah dahsyat,
jauhkanlah kami daripada
mendapatkan hukuman yang buruk
daripada-Mu.
28. Ya Allah! Ya A’dl, wahai Tuhan
yang Maha Adil, tidak ada yang lebih
Adil daripada-Mu, kepada Keadilan-
Mu kami beriman, jadikanlah kami
orang yang adil, jadikanlah kami ibu/
bapa yang adil, jadikanlah kami di
kalangan mereka yang sentiasa
bersikap adil.
29. Ya Allah! Ya Latif, wahai Tuhan
yang Maha Lembut, lembutkanlah
kami, lembutkanlah hati kami,
lembutkanlah hati fulan bin fulan
(sebutkan nama) terhadap kami.
30. Ya Allah! Ya Khabir, wahai Tuhan
yang Maha Berwaspada,
kewaspadaan-Mu mencakupi segala
perkara, peliharalah kami daripada
segala mala petaka.
31. Ya Allah! Ya Halim , wahai Tuhan
yang Maha Penyantun, layanilah kami
dengan kesantunan-Mu, kami
berlindung diri dengan-Mu daripada
segala kekerasan-Mu.
32. Ya Allah! Ya A’zim, wahai Tuhan
yang Maha Agung, Dikaulah yang
paling agung, tidak ada yang lebih
agung daripada-Mu, bantulah kami
daripada segala pemimpin dan
penguasa yang zalim, Dikaulah maha
segala-galanya.
33. Ya Allah! Ya Ghafur, wahai Tuhan
yang Maha Pengampun,
ampunkanlah segala kesalahan dan
kesilapan kami, tukarkan kejahatan
kami yang lalu dengan kebaikan.
Hapuskanlah segala dosa-dosa kami,
Kami berharap agar dapat mati
dengan keadaan tiada dosa ya Allah,
sesungguhnya azab-Mu menanti
mereka yang berdosa.
34. Ya Allah! Ya Syakur, wahai
Tuhan yang Maha Menghargai segala
amalan kebaikan hamba-Nya, tatkala
manusia tidak menghargai segala
usaha kebaikan kami kepada mereka,
maka Dikau hargailah segala
kebaikan amalan kami, Dikaulah yang
mengetahui akan kesungguhan kami,
janganlah Dikau sia-siakan segala
amalan kami, kami sedar amalan
kami terlalu banyak cacat dan
kekurangannya, maka dengan nama-
Mu ini kami bermohon semoga Dikau
terima segala amalan-amalan kami.
35. Ya Allah! Ya A’liy, wahai Tuhan
Maha Tinggi, tiada yang lebih tinggi
kedudukannya melainkan hanya
Dikau, maka tinggikanlah juga kami
dalam penghidupan ini dan janganlah
Dikau merendahkan kami.
36. Ya Allah! Ya Kabir, wahai Tuhan
yang Maha Besar, tiada yang
memiliki kebesaran selain Dikau,
jadikanlah kami hamba-hamba-Mu
yang akan sentiasa membesarkan-
Mu, janganlah Dikau jadikan kami di
kalangan mereka yang membesarkan
penghidupan dunia, membesarkan
harta, membesarkan kedudukan dan
pangkat, membesarkan manusia.
Kami sedar sikap sedemikian hanya
akan menyebabkan Dikau murka,
maka jauhkanlah kami daripada
segala yang menyebabkan
kemurkaan-Mu.
37. Ya Allah! Ya Hafiz, wahai Tuhan
yang Maha Memelihara, peliharalah
kami semua, peliharalah anak-anak
kami daripada segala bencana
keburukan, peliharalah kesemua ahli
keluarga dan mereka yang kami
sayangi daripada segala yang tidak
diingini, bencana, wabak, penyakit,
kemiskinan, perangai dan lain-lain
keburukan.
38. Ya Allah! Ya Muqith, wahai
Tuhan yang Maha Menepati Waktu,
tiada yang lebih daripada-Mu, setiap
ciptaan-Mu telah Dikau berikan
tempoh dan masa, berikanlah kami
waktu yang membolehkan kami
berbakti kepada-Mu, sebaliknya
Dikau matikan kami bilamana Dikau
ketahui dengan waktu itu kami hanya
akan menjauhi-Mu.
39. Ya Allah! Ya Hasib, wahai Tuhan
yang Maha Penghitung, tiada siapa
yang lebih tepat dan cepat
menghitung daripada-Mu, dengan
keimanan kami terhadap nama dan
sifat-Mu ini, maka berilah
perhitungan yang baik kepada
amalan baik kami dan janganlah
Dikau ambil kira keburukan dan
kejahatan kami, ampunkanlah segala
kesalahan kami yang lalu.
40. Ya Allah! Ya Jalil, wahai Tuhan
yang memiliki sifat Keagungan, tiada
yang lebih agung daripada-Mu,
terimalah pengakuan ikhlas kami ini
dan tetapkanlah kami dalam
keimanan ini, bahawa tiada yang
lebih agung dalam kehidupan kami
melainkan Dikau.
41. Ya Allah! Ya Karim, wahai Tuhan
yang Maha Mulia, tiada yang lebih
mulia daripada-Mu, maka muliakan
kami yang beriman kepada
kemuliaan-Mu, hinakanlah mereka
yang tidak beriman kepada
kemuliaan-Mu.
42. Ya Allah! Ya Raqib, wahai Tuhan
yang Maha mengawas, pengawasan-
Mu mencakupi setiap pelusuk alam
ini, tiada satu pun yang terluput
daripada pemerhatian-Mu, maka
berikanlah pengawasan-Mu kepada
kami, perhatikanlah anak-anak kami,
ahli keluarga kami, harta benda kami
semasa ketiadaan kami.
43. Ya Allah! Ya Mujib, wahai Tuhan
yang Maha Memperkenankandoa,
perkenanlah segala permintaan kami,
janganlah Dikau biarkan tangan-
tangan yang menadah ini dalam
keadaan kosong dan sia-sia,
kasihanilah kami, cukupkanlah segala
keperluan kami, jauhkan kami
daripada keterpaksaan meminta dan
mengemis, hanya kepada-Mulah
tempat kami meminta.
44. Ya Allah! Ya Wasi’, wahai Tuhan
yang Maha Luas, kurniaan-Mu adalah
luas, Rahmat-Mu juga adalah luas,
maka luaskanlah kurniaan dan
rahmat-Mu kepada kami.
45. Ya Allah! Ya Hakim, wahai Tuhan
yang Maha Bijaksana, tiada yang
lebih bijak daripada-Mu,
kebijaksanaan-Mu meliputi ciptaan-
Mu dan segala hukum penetapan-
Mu, maka dengan keimanan kami
terhadap kebijaksanaan_mu ini,
berikanlah kebaikan daripadanya
jadikanlah kami di kalangan mereka
yang sentiasa menyanjungi
ciptaandari hukum-hukum-Mu,
termasuk juga hukum syariat-Mu,
janganlah Dikau jadikan hati dan
pemikiran kami meremehkan hokum-
hukum-Mu.
46. Ya Allah! Ya Waduud, Dikaulah
Tuhan yang Maha Menyintai, cinta-
Mu adalah hakiki, cinta-Mu adalah
sejati, maka cintailah kami, teruskan
menyintai kami dan jadikanlah kami
di kalangan hamba-Mu yang
menyintai-Mu, menyintai Nabi
utusan-Mu, menyintai kitab-Mu,
meyintai agama-Mu dan menyintai
segala orang yang Dikau cintai.
Jadikanlah harti kami benci kepada
segala yang Dikau benci.
47. Ya Allah! Ya Majiid, Dikaulah
yang Maha Pemurah, murahkanlah
kurniaan-Mu kepada kami, murahkan
rezeki-Mu kepada kami.
48. Ya Allah! Ya Baa’ith, Tuhan yang
Membangkitkan, kami beriman
bahawasanya Dikau akan bangkitkan
kami sesudah mati nanti,
bangkitkanlah kami dalam kebaikan
dan bersama orang-orang yang baik,
bangkitkanlah kami untuk
mendapatkan kebaikan, kemuliaan
dan keindahan syurga-Mu.
Janganlah Dikau bangkitkan kami
dalam keadaan dosa yang tidak
terampun, ingatkanlah kami kepada
hari pembangkitan-Mu, janganlah
Dikau lalaikan kami daripadanya.
,
Ya Allah! Ya Tuhan kami, dengan
menggunakan sebahagian daripada
nama-nama-Mu yang baik ini,
kabulkanlah permintaan kami. Dikau
telah menjanjikan akan
mengkabulkan permintaan mereka
yang berdoa dengan menggunakan
nama-nama-Mu. Kabulkanlah
permintaan kami ya Allah, janganlah
Dikau sia-siakan doa kami ini.
Kami beriman kepada-Mu, beriman
kepada nama-nama-Mu, dan beriman
kepada sifat-sifat-Mu yang agung.
Tiada Tuhan melainkan hanya Dikau,
tiada yang berkuasa melainkan
hanya Dikau.

Wa solallaahu a’laa nabiyyikal karim
wa a’laa aalihi wasohbihi ajmain, wal
hamdulillahi rabbil a’lamin.